Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi Mudah Tanpa Tanah Senang Jimat Hidroponik

Cara Tanam Kangkung Hidroponik Dalam Baldi Mudah Tanpa Tanah Senang Jimat. Takut nak makan kangkung beli dekat pasar kerana bimbang ada lintah kat dalam seperti yang tengah viral di laman sosial facebook sekarang ini ? Haaa, jom kita semua tanam kangkung di rumah sendiri dengan cara yang mudah dan simple sangat. Tiga minggu dah boleh tuai hasil. Satu tapis dapat dalam setengah kilogram.  Tutorial tanam kangkung dalam baldi step by step ada saya kongsikan dekat bawah :

Cara Menanam Kangkung Dalam Baldi
Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi



Cara Menanam Kangkung Dalam Baldi

Cara Tanam Kangkung Di Rumah
Cara Menanam Kangkung Dalam Baldi


Bahan untuk cara tanam kangkung tanpa tanah :

  1. Benih kangkung
  2. Bakul / Tapis ( pastikan lubang bersaiz kecil untuk elak anak kangkung bolos  )
  3. Air Paip
  4. Baja AB
Cara Tanam Kangkung Tanpa Tanah
Cara Tanam Kangkung Hidroponik


Cara Tanam Kangkung Hidroponik Dalam Baldi Di Rumah

Tanam Kangkung Tanpa Tanah
Tanam Kangkung Dalam Bekas


Cara tanam kangkung dalam air :

  1. Rendam benih kangkung selama tiga hari guna air paip. ( Jika terdapat benih kangkung yang kembang sangat dalam masa satu hari, sila asingkan dan letak dalam tapis.Boleh terus ke step kedua. )
  2. Toskan benih kangkung yang telah siap direndam dan masukkan dalam bakul ( Kuantiti benih kangkung jangan padat dan jangan sikit sangat, sedang-sedang sahaja tau )
  3. Letakkan bakul pada bahagian atas baldi.
  4. Masukkan air paip hingga mencecah dasar bakul
  5. Tutup bakul yang berisi benih kangkung selama dua hingga tiga hari bagi tujuan menggalakkan semaian anak kangkung cepat tumbuh.
  6. Selepas itu, buka penutup dan dedahkan anak kangkung kepda cahaya matahari untuk tumbesaran.
  7. Bancuh baja AB ( 10 Mlab +2 Liter air atau 1.5 ec-2.0 ec ) dan masukkan  ke dalam baldi.
  8. Pantau air baja dan akar pokok. 
  9. Tambah air baja bila perlu.
Tanam Kangkung Dalam Pasu
Tanam Kangkung Dalam Tapis


Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu1 (10ml ab+2L air) , 2ec minggu ke2( 15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).Tuai kangkung selepas tiga minggu dan ke atas. Cara tanam kangkung mudah je kan, selamat mencuba semua. Semua kaedah tanam kangkung dalam baldi diatas dapat memberi sedikit manfaat. Salam, jumpa lagi..

> Cara Tanam Kobis Bunga Dalam Pasu

No comments:

Post a Comment

×