Resepi Roti Jala Warna Warni Sukatan Cawan. Salam dan selamat petang semua. Hari ini saya ingin kongsikan roti jala recipe homemade style saya sendiri yang lembut, trending, hipster dan viral. Apa yang menariknya adalah saya menggunakan pewarna alami semulajadi iaitu hijau saya dapatkan dari daun pandan, biru pula dari bunga telang, kuning dari serbuk kunyit, serta yang terakhirnya adalah merah jambu dari buah naga. Semuanya kecuali serbuk kunyit, saya ada tanam dalam pasu bunga di belakang rumah tau. Kalau kena cara senang sahaja nak hidup dan penjagaan nya tak rumit sangat pun. Saya pun sekali sekala sahaja siramnya, sedar sedar dah boleh petik. Sebenarnya saya paling suka makan roti jala kuah manis terengganu tapi dah ada anak kecil ni kena lah kreatif sikit untuk tarik perhatian mereka. Budak budak tau saja lah perangai diorang makanan yang jarang jumpa susah sikit nak makannya. Ada yang nak tau resepi roti jala sukatan cawan ? Jom saya kongsikan resepi roti jala kuah manis untuk rujukan semua :


Roti Jala Pandan Sukatan Cawan
Resepi Roti Jala Pandan Sukatan Cawan



Resepi Roti Jala Pandan Kuah Durian


Roti Jala Warna Warni Sukatan Cawan
Resepi Roti Jala Warna Warni Sukatan Cawan



Cara mendapatkan pewarna secara semulajadi:

1)  Warna Kuning

Boleh masukkan sahaja serbuk kunyit. Kuantitinya ikut suka hati . Namun jangan banyak sangat, nanti roti jala yang kita buat rasa kunyit. Biar seimbang dengan bancuhan.

2) Warna Hijau Pandan

Kisar daun pandan (lebih kurang lima belas helai) bersama dengan air. Seterusnya, tapis dan ambil airnya sahaja.

3) Warna Merah

Blender buah naga dengan cara yang sama macam warna pandan kat atas.

4) Warna Biru 

Rendamkan bunga telang dalam air panas. Tunggu sampai warna birunya keluar, kemudian tapis airnya. (Kalau menggunakan bunga telang yang segar, sila pastikan buang bahagian yang berwarna hijau di bawah bunga tersebut. Jika tidak, nanti akan rasa pahit. Kalau guna bunga telang yang sudah kering tiada masalah. boleh terus rendam sahaja.


Cara Membuat Roti Jala Pandan
Cara Buat Roti Jala Pandan


Resepi Roti Jala Paling Mudah Sukatan Cawan

 Bahan untuk resepi roti jala paling sedap


  1. Satu biji telur
  2. Tiga cawan air termasuk air berpewarna semulajadi (cara saya dapatkan pewarna semulajadi ada di bawah)
  3. Tiga cawan tepung gandum
  4. Dua sudu besar mentega cair
  5. Setengah sudu teh garam


> Resepi Roti Jala Tanpa Telur
> Resepi Roti Jala Coklat
> Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu
> Resipi Puding Tembikai Sukatan Cawan
> Resepi Kueh Cucur Gula Utara


Cara Buat Roti Jala Pandan

Cara Buat Roti Jala Warna Warni

Roti Jala Warna Warni
Cara buat Roti Jala Warna Warni



  1. Blend semua bahan. Jangan lupa untuk ayak tepung ye.
  2. Panaskan kuali non stick atau kuali leper yang di letakkan sapu dengan sedikit minyak masak agar tidak melekat.
  3. Masukkan adunan kueh roti jala yang kita kisar tadi ke dalam acuan roti jala (saya guna acuan roti jala tiga lubang).
  4. Bentukkan roti jala atas kuali tadi. Saya buat roti jala ala-ala tikar (boleh tengok video cara menjala roti jala yang saya share).
  5. Tak perlu terbalik kan dan lipat terus kuih roti jala elok elok dan gulung cantik cantik.




Step akhir, apa tunggu lagi hindangkan lah atas meja makan bbersama kuah kari, kuah durian, kuah manis, sardin, kuah kari ayam, kuah daging dan yang sewaktu dengannya bagi menjadi juadah yang menyelerakan kepada ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang bertandang ke rumah. Okey lah, cara membuat roti jala pandan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya ya.