Resepi Gulai Ayam Kampung Terengganu Ori Cara Membuat Masak Mudah Simple Paling Sedap. Hari ini kami satu keluarga ubah selera sikit. Biasa makan ayam bandar, tadi pekena gulai ayam kampung versi terengganu yang sedap dan mudah. Nak guna ayam pencen pun boleh dan nak buat gulai ayam tanpa santapn pun boleh tau. Tekak ni lah punya pasal tetiba je rasa nak makan  gulai ayam terengganu selepas dapat rempah cap bunga rose secara percuma daripada seorang kenalan lama masa saya jumpa dekat pasar tempoh hari. Kalau nak tahu, cara memasak gulai ayam kampung mencabar sikit sebab kalau tak kena gaya masa yang di ambil untuk daging ayam menjadi empuk lebih lama. Kalau tak empuk tak sedap pula nak makan. Cara masak ayam kampung agar cepat empuk adalah dengan menggunakan api perlahan dan periuk hendaklah sentiasa di tutup semasa proses penyediaan. Inilah petua melembutkan ayam kampung yang saya guna sejak zaman berzaman. Saya dapat petua masak ayam kampung ni daripada seorang jiran setaman. Saya paling suka buat kuah gulai ayam terengganu lebih sikit sebab lebihan kuah gulai ayam kampung terengganu biasanya saya hidangkan kepada anak-anak dengan menu yang lain seperti lempeng, cucur bawang, capati, tosai, roti canai, roti jala dan yang sewaktu dengannya. Ada sesiapa yang nak tahu cara buat gulai ayam terengganu ? Jom tengok resepi yang saya selitkan dekat bawah mengenai resepi gulai ayam terengganu simple cap bunga ros :

Gulai Ayam Kampung Terengganu
Resepi Gulai Ayam Kampung Terengganu


Resepi Gulai Ayam Terengganu Sedap Dan Mudah

Bahan untuk resepi gulai ayam simple ;

Resepi Gulai Ayam Terengganu Simple
Resepi Gulai Ayam Terengganu Mudah



Bahan A

  1. Satu kilogram ayam/ daging


Bahan B

  1. Satu sudu besar rempah gulai cap bunga rose
  2. Satu sudu besar rempah masak cap bunga rose
  3. Dua sudu besar cili boh
  4. Satu sudu besar air asam jawa
  5. Dua mangkuk santan pekat
  6. 500 ml air
> Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Terengganu

> Resepi Ikan Celop Tepung Terengganu Rangup
Bahan C : Blend

  1. Lapan ulas bawang merah
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Tiga hiris lengkuas
  4. Tiga hiris kunyit hidup
  5. Setengah inchi halia

Resepi Gulai Ayam Terengganu Tanpa Santan
Resepi Gulai Ayam Terengganu Cap Bunga Ros



Cara Masak Gulai Ayam Kampung Terengganu



Cara Buat Gulai Ayam Terengganu
Cara Buat Gulai Ayam Kampung Terengganu


Cara masak gulai ayam terengganu :

  1. Tumis bahan yang kita kisar tadi bersama rempah. air asam jawa serta garam.
  2. Perlahankan api dapur.
  3. Masukkan ayam.Gaul rata.
  4. Masukkan air dan santan.
  5. Kacau sikit untuk kasi rata dan tutup guna tudung periuk.

Gulai Ayam Terengganu Resepi
Gulai Ayam Kampung Terengganu Resepi

Step akhir, biarkan mendidih. Bila ayam dah masak serta lembut dah boleh tutup api. Sekarang, siap sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih untuk santapan ahli keluarga. Cara memasak gulai ayam kampung terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga sukses.

Resepi Gulai Daging Terengganu Cap Bunga Rose