Resepi Sotong Celup Tepung Kuala Terengganu Pok Nong Yang Rangup Dan Crispy. Minggu lepas suami dan rakan sekerja pergi mencadat sotong di negeri terengganu darul iman. Dia ada juga pelawa saya untuk turut serta sekali tapi saya terpaksa tolak akibat mabuk laut. Saya paling pantang naik bot tau. Tak tahan dengan gelombang yang dihasilkan oleh ombak. Bila suami pulang dan anak anak tengok sotong lebih besar dari lengan diaorang, gembira sakan dan terus minta saya sediakan sotong celup tepung versi terengganu. Nasib baik lah saya ada simpan lagi resipi sotong celup tepung terengganu dalam buku masakan dekat dapur ni. Saya dapat dari pak cik google juga. Melekat elok tepungannya pada gorengan kita. Yang tak best nya resepi sotong celup tepung terengganu asli yang saya kongsikan adalah untuk lima puluh ekor ikan, tiga kilogram udan dan tiga kilogram sotong. Jadi sesiapa yang nak buat makan untuk satu keluarga tu pandai-pandai lah untuk olah sendiri ya. Jom tengok cara nak buat sotong celup tepung terengganu :
Resepi Sotong Celup Tepung Terengganu |
Resepi Sotong Celup Tepung Terengganu Yang Rangup
Bahan untuk resepi sotong celup tepung rangup :
Resepi Sotong Celup Tepung Terengganu Yang Rangup |
Cara Buat Sotong Celup Tepung Terengganu |
- Lapan paket tepung beras (saya pakai tepung cap bunga teratai )
- Empat biji telur ayam
- Sedikit serbuk kunyit
- Satu hingga dua sudu besar air kapur
- Garam secukup rasa
- Air
>
Cara Buat Sotong Celup Tepung Terengganu
Cara membuat sotong celup tepung terengganu :
Resepi Sotong Celup Tepung Rangup |
Resepi Sotong Celup Tepung Viral |
- Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam
- Adun biar rata.
- Seterusnya masukkan air secara sedikit demi sedikit dan diselangi dengan air kapur.
- Kacau hingga rata dan sebati.
- Kemudian, masukkan telur ayam.
- Kacau dalam tempoh masa lebih kurang lima minit untuk bagi semua bahan sebati.
- Pastikan tekstur tepung adalah pekat ( sama pekat macam buat pancake ya).
Step akhir, masukkan sotong ke dalam adunan. Panaskan minyak hingga betul-betul panas dan goreng sampai masak. Toskan dan hidangkan atas meja makan bersama sos keropok lekor atau sos cili untuk santapan bersama ahli keluarga atau para tetamu yang bertandang ke rumah.
Oh ya bagi sesiapa yang nak buat kruk-kruk macam dalam gambar atas tu, letak kan tepung tadi dalam cawan atau jug kecil. Tambahkan air dalam dua sudu besar dan kacau sebati. Masa nak goreng, gerakkan cawan ke kiri dan ke kanan kuali. Biarkan sekejap dan sudah boleh angkat. Cara buat sotong celup tepung rangup mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada masa kita jumpa lagi di lain waktu. Salam dan semoga berjaya.
0 Comments