Resepi Lepat Pisang Noxxa Pressure Cooker Membuat Kuih Inti Kelapa Kukus Mudah Dan Paling Simple Versi Utara Tepung Beras. Resepi lepat pisang terengganu sudah saya kongsikan pada post sebelum ini kan. Kali ini tanpa segan silu saya ingin kongsikan pula resepi lepat pisang utara yang sedap dan mudah untuk rujukan semua terutama kepada anak anak utara yang sedang berada di perantauan dan juga kepada mereka mereka yang mengidam nak makan lepat pisang versi utara. Al kisah pagi tadi cik abang bertemu dengan kenalan zaman sekolahnya dekat pasar. Dia belanja pisang emas satu tandan sebagai ole ole kepada anak anak di rumah. Jadinya cik abang saya minta lah saya masakkan lepat pisang utara untuk juadah petang ini. Memang antara salah satu kuih tradisional melayu yang menjadi feberet dia lah kuih lepat pisang utara ni. Separuh saya buat lepat pisang separuh lagi esok saya guna untuk buat apam pisang noxxa. Senang bila ada periuk noxxa pressure cooker, semua kerja jadi express dan ringkas gitu. Ada yang nak tau cara buat lepat pisang sedap ? Jom saya kongsikan resepi lepat pisang paling sedap ;
Lepat Pisang Sukatan Cawan
Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan


Resepi Lepat Pisang Inti Kelapa

Bahan untuk resepi lepat pisang kukus :


Cara Buat Lepat Pisang Noxxa
Cara Buat Lepat Pisang Sedap


Bahan A

  1. Tiga belas biji pisang berangan atau pisang emas
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Tiga sudu besar tepung beras
  4. Santan sikit
  5. Dua sudu besar gula pasir ( boleh tambah atau kurangkan ikut selera masing masing )
  6. Dua sudu besar gula merah  ( boleh tambah atau kurangkan )
  7. Satu sudu kecil garam
> Resepi Kek Pisang Kukus Azlina Ina Sukatan Cawan

Resepi Lepat Pisang Utara Sukatan Cawan
Lepat Pisang Utara Sukatan Cawan

> Resepi Popcorn Noxxa Pressure Cooker

Bahan B : Inti Kelapa


  1. Kelapa parut ( putih sahaja )
  2. Garam sikit


  • Gaul rata kedua bahan diatas

> Resepi Bingka Ubi Noxxa Sukatan Cawan


Resepi Lepat Pisang Tepung Beras
Lepat Pisang Tepung Beras


Cara Buat Lepat Pisang Kukus

Cara Buat Lepat Pisang Inti Kelapa :

Resepi Lepat Pisang Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Lepat Pisang Noxxa Pressure Cooker



  1. Kupas dan potong pisang secara nipis nipis serta lenyek menggunakan garpu sampai hancur. 
  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula, gula merah santan serta garam. 
  3. Kacau rata. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sedang sedang sahaja tau.
  4. Ketepikan seketika.
  5. Seterusnya, potong daun pisang dan layur atas dapur gas agar tidak terkoyak masa proses melipat nanti.
  6. Sudukan satu atau dua sudu besar adunan ke atas daun pisang yang telah siap kita layur tadi. 
  7. Letak pula inti kelapa parut yang telah siap digaul bersama sedikit garam. 
  8. Kemudian, lipat elok elok.


Cara Buat Lepat Pisang Sukatan Cawan
Cara Buat Lepat Pisang Noxxa Pressure Cooker


Step akhir, masukkan air ke dalam inner pot periuk noxxa. Letak steam plate, susun lepat cantik-cantik dan steam selama 10 minit. Siap untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga tercinta. Cara buat lepat pisang noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Semoga berjaya.

> Resepi Ayam Percik Noxxa Versi Kelantan Asli