Resepi Bronok Sagu Terengganu Sukatan Cawan Membuat Kuih Mata Ikan Merah Pandan Mudah Simple Tradisional Paling Sedap. Salam semua, menu makan petang kami sekeluarga petang tadi ialah kuih tradisional melayu yang mudah dan sedap iaitu kuih sagu kukus. Antara kue feberet kami juga lah. Lebih lebih lagi suami memang suka sangat makan kuih sagu merah. Kalau saya buat sikit je kompem dia akan merungut sebab tak cukup.  Resipi kuih sagu pun senang sangat, tanpa masak dulu terus boleh kukus. Ada yang nak tau cara buat kuih sagu terengganu ? Jom saya kongsikan resepi kuih sagu kukus sukatan cawan :

Kuih Sagu Sukatan Cawan
Resepi Kuih Sagu Sukatan Cawan



Resepi Kuih Bronok Sagu Terengganu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih sagu pandan sukatan cawan :





  1. Setengah cawan sagu
  2. Pewarna hijau atau merah
  3. Lima sudu gula pasir ( boleh lebihkan )
  4. Kelapa parut dan sedikit garam( kukus kejap untuk elak basi dan tahan lama)









Cara Buat Kuih Sagu Kukus

Cara buat kuih sagu mata ikan :

Resepi Kuih Beronok Terengganu
Resepi Kuih Bronok Terengganu

Resepi Kuih Sagu Pandan Sukatan Cawan



  1. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros atau  pandan selama rendam satu jam setengah
  2. Kemudian, toskan. 
  3. Masukkan sagu tersebut ke dalam satu bekas
  4. Masukkan gula dan  kacau kasi rata.
  5. Seterusnya, sudukan dalam acuan.
Resepi Kuih Sagu Kukus Mudah

Step akhir, kukus selama dua puluh lima minit hingga tiga puluh minit atau sampai masak. Bila dah masak, gaulkan dalam kelapa. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi juadah ahli rumah mahupun para tetamu yang bertandang. Cara membuat kuih sagu mata ikan mudah je kan, selamat mencuba. Jika ada kelapangan kita jumpa lagi lain kali. Salam dan semoga berjaya.