Resepi Ayam Panggang Simple Dan Sedap Bakar Guna Oven Pemanggang Ajaib Noxxa Pressure Cooker. Salam semua. Hari ini saya sediakan juadah makan tengahari yang menjadi kegemaran suami dan anak anak iaitu ayam bakar terengganu bersama sup ayam dan sedikit ulam ulaman. Syukur sekejap sahaja sudah habis licin semuanya. Lauk ayam panggang terengganu paling sedap makan untuk kita berbuka puasa tau. Dan, juga elok kepada mereka mereka yang sedang on diet. Rumah saya kalau buat sikit sikit kompem tak cukup punya lah. Ini pun saya sudah sediakan untuk dua ekor ayam, masih ada lagi yang tak cukup dan minta buatkan lagi lain kali. Ada ke yang nak tau cara buat ayam bakar terengganu ? Jom tengok resipi ayam golek terengganu yang saya kongsikan dekat bawah. Sukatan untuk dua ekor ayam ya.
Ayam Golek Terengganu |
Resepi Ayam Bakar Mudah Dan Sedap
Resepi Ayam bakar untuk diet :
> Resepi Ayam Pandan Goreng Mudah
> Resepi Sotong Celup Tepung Terengganu Asli
> Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap
Bahan A : Blend
- Sepuluh biji bawang merah bombay
- Satu labu bawang putih
- Seketul atau saiz dua kali ibu jari halia
- Lima batang serai
Bahan B
- Dua sudu kecil serbuk kunyit
- Dua ketul nisan atau gula melaka
- Tiga sudu kecil garam
Cara Buat Rempah Ayam Golek Terengganu
Cara buat ayam golek terengganu :
- Masak semua bahan yang saya nyatakan diatas sampai agak kering atau pekat.
- Jangan lupa untuk rasa sikit untuk seimbangkan rasa. Biar kena dengan selera memasing. Mungkin rempah ayam golek terengganu yang saya kongsikan ini adalah sedikit manis bagi sesetengah orang kerana saya nak mendapatkan hasil ayam yang berkilat apabila di bakar atau di golek.
- Seterusnya, sapu rata rempah tersebut pada keseluruhan bahagian ayam.
- Perap selama sejam dan keatas untuk mendapatkan rasa yang paling terbaik.
Step akhir, bakar atau panggang hingga masak. Boleh guna mesin ayam golek, pakai oven, guna periuk noxxa, pemanggang ajaib, bakar guna arang dan lain lain kaedah yang sewaktu dengannya. Terserah memasing.
0 Comments