Resepi Sos Pencicah Ayam Golek Terengganu Cara Buat Paling Simple Mudah Dan Sedap. Salam semua. Fuhh penatnya rasa hari ini. Saya kemaskan dapur rumah sorang sorang. Nak minta bantuan semua ahli rumah keluar ke sekolah dan bekerja. Nak tak nak terpaksa lah saya kerja kan sendiri. Baru lah berseri sikit, ini kan kawasan dapur bersepah sepah. Tetamu datang pun segan rasanya bila dia masuk ke bahagian dapur.
Alang alang tengah rehat ni dan masa terluang pun banyak. Saya ingat saya nak kongsikan lah resipi sos pencicah ayam golek terengganu atau colek lada. Sebelum ni kalau tak silap saya sempat share pasal resepi ayam bakar terengganu sahaja. Tak lengkap rasanya kalau kita makan ayam golek tanpa sos pencicah nya. Mungkin sesiapa yang biasa pergi melancong ke pantai timur kompem tahu atau pernah jumpa orang yang jual ayam golek di kaki kaki jalan raya, tak pun di pasar malam atau bazar ramadhan. Sedap kan rasanya. Berbeza dengan negeri negeri lain seperti kelantan, pahang, dan lain lain. Saya jika dapat makan ayam golek bersama nasi putih dan sup ayam sudah cukup dah.

Resepi Sos Pencicah Ayam Golek Terengganu Sedap
Kepada sesiapa yang tak berkesempatan nak ikuti resipi perapan ayam bakar terengganu boleh tengok pada pautan yang saya telah sediakan di bawah ya
> Resepi Rempah Ayam Golek Terengganu
Resepi Sos Pencicah Ayam Bakar Terengganu |
Cara Buat Ayam Golek Terengganu |
Bahan untuk resepi air lada ayam golek terengganu :
- Sepuluh biji cili kering- rebus dan blend
- Lima ulas bawang putih- bakar dan blend
- Dua sudu kecil cuka
- Tiga sudu besar gula
- Satu sudu kecil garam
- Satu sudu besar tepung jagung
Bahan tambahan ( Optional )
- Kacang tanah ( tumbuk )
- Bijan
> Resepi Nekbat Terengganu Ori
> Resepi Sotong Celup Tepung Terengganu Rangup
> Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Terengganu
> Resepi Sotong Celup Tepung Terengganu Rangup
> Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Terengganu
Cara Buat Sos Pencicah Ayam Golek Terengganu
Cara Buat Sos Pencicah Ayam Bakar Terengganu :
- Masak semua bahan diatas kecuali tepung jagung
- Apabila sudah mendidih, masukkan tepung jagung
- Kacau hingga pekat.
- Dah rata dan sebati semua bahan, dah boleh tutup api dapur.
Sekarang sudah siap. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, masukkan bahan tambahan seperti kacang tanah yang telah disiap ditumbuk dan bijan yang kita sediakan tadi ke dalam sos pencicah yang kita sediakan tadi.
> Resepi Gulai Daging Terengganu Cap Bunga Ros
> Resepi Gulai Daging Terengganu Cap Bunga Ros
0 Comments