Resepi Cakoi Lembut Berongga Ala Cina Pasar Malam Yang Mudah Dan Sedap Gebu Rangup Simple. Salam semua. Apa khabar ? Harap semua dalam keadaaan baik lah ya. Hari ini saya ada lah buat sedikit kuih tradisional untuk juadah bersama ahli keluarga tersayang. Syukur menjadi dengan baiknya dan laku keras sampai tak sampai satu jam sudah habis semuanya walaupun resipinya agak sedikit renyah kerana tidak menggunakan sukatan cawan. Ada juga sesetengah orang panggil kuih cakoi ini sebagai kuih patongko atau kuih kundeh atau you tiau di kalangan orang chinese.  Bagi saya tak kira lah panggil apa pun asalkan sedap dan nikmat di makan lebih lebih lagi masa tengah panas-panas. Ada ke yang nak tau cara membuat cakoi yang lembut ? Jom tengok resepi cakoi  yang lembut dan gebu ala pasar malam step by step yang saya kongsikan dekat bawah :

Cara Buat Cakoi Bersarang
Resepi Cakoi Bersarang Viral



Resepi Cakoi Cina Lembut Dan Ranggup

Bahan untuk resepi cakoi viral :






  1. 350 gram tepung gandum.
  2. 250 gram susu segar.
  3. Satu sudu besar serbuk penaik.
  4. Setengah sudu besar soda bikarbonat.
  5. Satu sudu besar minyak masak.
  6. Setengah sudu besar garam.(jika suka yang manis boleh ganti dengan gula)


Cara Buat Cakoi Tanpa Yis

Cara membuat cakoi rangup :






  1. Satukan semua bahan diatas.
  2. Gaul hingga rata dan sebati.
  3. Pada permulaan memang agak melekit-lekit sikit.
  4. Uli hingga licin serta tidak melekat pada tapak tangan.
  5. Seterusnya, ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.
  6. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama semalaman.( bahagian bawah bukan sejuk beku ).
  7. (Saya bancuh subuh tadi, dalam pukul lima petang saya  baru saya buat)
  8. Canaikan doh memanjang macam dalam gambar.
  9. Biarkan doh selama satu jam dan keatas pada suhu bilik.(penting)
  10. Potongkan secara berpasangan.
  11. Ambil lidi celupkan ke dalam gelas tinggi yang telah berisi air dan tekan seperti dalam gambar.
  12. Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya.Tekan menggunakan chopstik atau alat lain yang bersesuaian.











Step akhir, panaskan minya hingga betul-betul panas. Tarik doh memanjang secara perlahan dan terus masukkan dalam minyak. Minyak hendaklah cukup panas ye. 





Sentiasa balik balikkan.agar kuih cakoi masak sekata. Dah bertukar warna keemasan boleh lah angkat dan toskan. 





Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bersama pencicah kegemaran untuk santapan ahli keluarga mahupun para tetamu yang bertandang ke rumah. Cara buat kuih cakoi mudah je kan, selamat mencuba semua. Semoga berjaya dan salam.