Resepi Roti Paung Gebu Membuat Simple Mudah Dan Sedap Ori. Al kisah semalam punya cerita, juadah minum petang kami satu keluarga iaitu roti paung bersama teh panas.Jika di negeri sebelah pantai timor leste misalnya terengganu dan kelantan memang agak popular juga lah roti ni di kalangan masyarakat. Dah lama sangat tak makan rasanya. Paling terakhir tahun lepas. Syukur menjadi dengan jayanya. Resipi roti paung saya ambil dari seorang kenalan yang menetap disana. Ada ke yang nak tau cara buat roti paun terengganu ? Jom tengok resepi roti paun terengganu yang saya kongsikan dekat bawah :


Roti Paung Terengganu Sukatan Cawan
Resepi Roti Paung Terengganu Sukatan Cawan



Roti Paung Terengganu Resepi Mudah Dan Sedap

Bahan untuk roti paung lembut :






  1. 500 gram tepung gandum
  2. Satu paket instant yis (11 gram)
  3. Dua sudu besar mentega
  4. Dua sudu besar susu pekat
  5. Lima sudu besar gula
  6. Satu cawan air suam
  7. Satu sudu kecik garam
  8. Satu biji telur dikacau





Cara Buat Roti Paung Terengganu

Cara Membuat Roti Paung Terengganu




  1. Campurkan yis dengan air suam
  2. Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
  3. Letak doh ke dalam bekas yang boleh ditutup guna kain lembab hingga saiz nya kembang satu kali ganda
  4. Tumbuk- tumbuk doh yang telah siap di perap tadi untuk keluarkan angin.
  5. Kemudian uli sekali lagi hingga tidak melekat pada tangan.
  6. Masukkan ke dalam bekas dengan anggaran saiz 30 gram sebiji dengan jarak yang sesuai.
  7. ( Bagi yang suka roti paung manis, boleh tabur gula sebelum bakar )





Step akhir, bakar dalam oven mengunakan api atas bawah pada suhu 170c  selama 15 min ( bergantung kepada kapasiti oven masing masing ) atau hingga perang bahagian atas Dah masak sepenuhnya, sapu mentega pada permukaan roti paung. Sekarang, siap sedia untuk di jamu bersama ahli keluarga bersama air kopi gula. Cara buat roti paun terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Semoga berjaya.