Resepi Masak Lemak Kulit Rambai Terengganu Cara Buat Mudah Dan Sedap Paling Simple. Salam dan selamat tengahari semua. Masak apa untuk juadah bersama keluarga hari ini ye ? Saya masak lauk ringkas sahaja iaitu sayur kulit rambai masak lemak putih terengganu. Dah lama rasanya tak pekena terakhir dua tahun lepas semasa ikut suami ke negeri pantai timur tersebut atas urusan kerja. Agak sukar juga lah nak jumpa jika di kedai kedai kerana musim buah rambai bukannya ada selalu. Jarang jarang je tau macam musim durian, rambutan, mangga dan sewaktu dengannya. Biasanya orang letak kulit rambai sebiji terus tanpa potong atau gunting macam saya. Saya lebih suka gunting dulu untuk dapat nikmatnya yang lebih extra. Ada ke yang nak tau cara buat kulit rambai masak lemak ? Jom saya kongsikan resepi kulit rambai masak lemak sedap :
Resepi Sayur Kulit Rambai Masak Lemak Terengganu
Bahan untuk resepi kulit rambai masak sayur lemak :
1. Kulit Buah Rambai. Saya gunting kecil-kecil. Kalau tak nak gunting pun takpe. Terserah.
2. Celur selma sepuluh minit. Kemudian perah dulu untuk kasi keluar air masam. Tambah bawang besar serta cili besar atau kecik ikut suka
3. Letak semua bahan tadi ke dalam periuk bersama santan dan isi ikan rebus yang telah dihancurkan.. Perasakan guna garam dan sedikit ajinomoto.
Step akhir, masak guna api sederhana hingga masak. Sekarang siap sedia untuk di hidangkan atas meja makan bersama nasi putih untuk santapan ahli keluarga tercinta ataupun kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah. Nak lagi sedap sediakan juga ikan goreng, budu dan sambal belacan. Cara masak kulit rambai masak lemak terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya.
0 Comments