Resepi Roti Puri Dan Kuah Dal Tanpa Santan Yang Sedap Dan Gebu Viral. Salam dan selamat pagi semua. Hari ini saya bukan sahaja ingin tunjukkan resipi roti puri sukatan cawan malahan cara buat kuah dal sedap tanpa santan yang mudah dan simple. Saya dapat resepi kuah dal tanpa santan daripada seorang mamak yang meniaga roti canai berhampiran rumah. Tapi kalau nak makan roti puri bersama kuah sardin, kari ayam dan lain lain yang kena dengan selera memasing pun boleh. Saya selalu sediakan lebih sikit adunan separuh saya goreng terus dan satu lagi saya simpan untuk jadikan stok roti puri frozen. Okey lah ada tak yang nak tau cara buat roti puri sukatan cawan ? Jom saya kongsikan resepi roti puri mudah sukatan cawan :
Resepi Roti Puri Belon Sukatan Cawan |
Bahan untuk resepi roti puri sukatan cawan :
Resepi Roti Puri Dan Kuah Sardin |
Bahan A
- Setengah cawan air suam
- Satu sudu besar yis mauripan
- Satu sudu besar gula
- Sedikit garam
Bahan B
- Tiga cawan tepung gandum..
- Dua sudu besar minyak masak..
Bahan C
- Air ( untuk uli menjadi doh )
> Resepi Roti Puri Tanpa Yis Sukatan Cawan
> Resepi Lempeng Tepung Gandum Gebu Gebas
> Resepi Kueh Permata Zamrud Sukatan Cawan
> Resepi Kuih Cucur Jawa Kelantan Sukatan Cawan
Cara Buat Roti Puri Belon
Cara Buat Roti Puri Yang Lembut :
- Satukan bahan A iaitu air suam, garam, gula dan yis. Kacau dan tunggu dia naik dan berbuih. Kalau tak berbuih roti puri takkan gelembung dengan eloknya.
- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum dan minyak
- Apabila yis sudah naik, masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan.
- Uli sambil masukkan air secara sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang tak melekat di tangan.
- Kemudian, rehatkan doh dalam bekas tertutup selama tempoh masa satu hingga dua jam.
Step akhir, canaikan doh yang telah kita perap tersebut mengikut bentuk yang kita nak. Nak buat segi empat tepat, segi tiga ke semua boleh atas kreativiti masing-masing. Seterusnya, panaskan minyak hingga betul-betul panas dan goreng sampai masak. Toskan dan sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli rumah mahupun kepada para tetamu yang membawa rezeki ke rumah. Cara buat roti puri mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada kelapangan kita jumpa lagi di lain kali. Salam dan semoga sukses.
> Resepi Kuah Dal Roti Canai Mamak
0 Comments